English | Bahasa Malaysia
 
PERDANA PARKCITY SDN BHD
NOTIS DATA PERIBADI
 
Selama ini, kami telah berpeluang untuk berkongsi dengan anda maklumat terkini mengenai produk, ganjaran dan promosi, tawaran istimewa, berita dan peristiwa terkini mengenai kami. Dan selaras dengan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang bertujuan untuk melindungi penggunaan Data Peribadi pelanggan, kami telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan kami mematuhi Akta baru ini dan juga terus memberikan perkhidmatan yang berpatutan kepada anda.

Tujuan Notis Data Peribadi ini adalah untuk memaklumkan kepada anda berkenaan jenis data peribadi yang dikumpulkan daripada anda dan bagaimana data peribadi anda akan digunakan.

Sepanjang urusan anda dengan Pantai Bayu Indah Sdn Bhd (PBISB) dan/atau anak-anak syarikatnya, data peribadi yang dikumpulkan daripada anda termasuk tetapi tidak terhad kepada data peribadi yang diperoleh melalui borang-borang pendaftaran, borang jualan, laman web, borang “sub-sale”, ejen hartanah, borang kaji selidik pasaran, kad nama atau mana-mana bahan pengenalan yang telah diedarkan secara sukarela oleh anda dan juga direktori perniagaan atau penyenaraian yang telah dilanggan oleh anda untuk berkongsi maklumat dengan kami.

Data peribadi yang diperlukan termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, umur, nombor kad pengenalan atau nombor passport, alamat surat menyurat termasuk alamat pejabat, jantina, tarikh lahir, taraf perkahwinan, pekerjaan, maklumat perhubungan termasuk e-mel, nombor telefon bimbit, nombor telefon rumah, nombor faksimili, nombor telefon pejabat, maklumat pekerjaan, bangsa dan kewarganegaraan.

Pengumpulan dan pemprosesan data peribadi anda adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan berikut (“Tujuan”) :
 
a. Untuk tujuan panel peguam kami menyediakan Perjanjian Jual Beli dan lain-lain dokumen yang berkaitan dengan pemerolehan anda atas mana-mana hartanah kami (“Hartanah tersebut”);
   
b. Untuk membolehkan anda membuat permohonan pinjaman kewangan dari insitusi kewangan bagi membiayai pembelian Hartanah anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada urusan berkaitan urus niaga pembayaran serta komunikasi dengan institusi kewangan berkenaan pembelian Hartanah tersebut;
   
c. Untuk tujuan penghantaran maklumat berkenaan pelancaran hartanah baru, pakej promosi atau surat/bahan pemasaran melalui surat, e-mel dan pelbagai cara tele-komunikasi (telefon atau pesanan ringkas) ;
   
d. Untuk tujuan penghantaran bil dan kutipan bayaran tertunggak berdasarkan Perjanjian Jual Beli dan lain-lain dokumen diperlukan yang berkaitan dengan pemerolehan anda atas Hartanah tersebut;
   
e. Untuk tujuan penghantaran Notis Pemilikan Kosong, penyerahan kunci, pengurusan hartanah, aktiviti perkhidmatan pelanggan dan/atau kerja-kerja pembaikpulihan;
   
f. Untuk tujuan penyelenggaraan Pengkalan Data Pelanggan dan proses yang berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan serta untuk maklumbalas terhadap sebarang pertanyaan;
   
g. Untuk tujuan menyiasat dan mengurus aduan dan/atau urus niaga yang mencurigakan;
   
h. Untuk tujuan menjalankan penyelidikan pemasaran atau pengurusan profil pelanggan untuk kegunaan yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang kami berikan;
   
Secara amnya, data peribadi anda akan diuruskan secara sulit. Dengan ini, anda bersetuju dan memberi kuasa kepada kami untuk mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak yang berikut:
   
i. Syarikat-syarikat bersekutu, subsidiari dan syarikat-syarikat berkaitan;
   
ii. Juruaudit Syarikat, Jurutera, Jurukur Bahan, Jurukur Tanah, Perunding Perniagaan, Akauntan, Peguam atau Penasihat Profesional yang lain dan/atau perunding yang dilantik oleh kami;
   
iii. Sub-kontraktor, perkhidmatan pihak ketiga atau pembekal produk sebagaimana yang kami fikirkan perlu atau sesuai termasuk pengurusan harta pihak ketiga atau syarikat-syarikat pemasaran atau entiti;
   
iv. Mana-mana badan kerajaan (persekutuan, negeri atau tempatan) kuasi atau separa kerajaan dan/atau badan-badan berkanun atau pihak berkuasa jabatan atau agensi-agensi atau syarikat yang diluluskan dan diwujudkan bagi penyediaan perkhidmatan dan kemudahan utiliti, bukan sahaja terhad kepada Tenaga Nasional Berhad, Syarikat Bekalan Air Selangor Sendirian Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd, dan termasuk semua orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi atau bagi pihak mereka;
   
v. Mana-mana badan kerajaan (persekutuan, negeri atau tempatan) kuasi atau separa kerajaan dan/atau badan-badan berkanun atau pihak berkuasa jabatan atau agensi untuk tujuan lain yang mungkin diwajibkan oleh undang-undang atau Peraturan berhubung dengan pemerolehan Hartanah tersebut.
   
Adalah wajib bagi anda untuk membekalkan data peribadi anda secara tepat. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kami tidak dapat memproses data peribadi anda bagi pihak anda atas tujuan yang dinyatakan di atas dan semua hubungan yang diwujudkan atau yang akan diwujudkan antara kami akan dihentikan dan ditamatkan dengan serta-merta.

Anda boleh membuat permohonan untuk akses, pembetulan atau penghapusan data peribadi anda atau menghadkan pemprosesan (termasuk data peribadi orang lain yang diberikan oleh anda) pada bila-bila masa. Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda, anda boleh meghubungi PBISB dengan mengemukakan permintaan anda melalui pos, e-mel atau menghantar faksimili ke alamat seperti tertera di bawah:
 
Sales Division
Perdana Parkcity Sdn Bhd
Show Gallery
No 5 Persiaran Residen
Desa Parkcity
52200 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel No : +603 62808080
Fax No : +603 62808100
Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
 
Pihak kami berhak mengubah atau mengemaskini notis peribadi ini untuk menggambarkan sebarang perubahan ke atas polisi peribadi tersebut. Jika terdapat sebarang pembaharuan, versi baru notis ini boleh diperolehi di laman web www.desaparkcity.com/pdpa2010/. Anda juga boleh melayari laman web ini dari masa ke semasa untuk menyemak maklumat terkini berkenaan polisi peribadi kami.

Kami berharap anda izin dan bersetuju dengan syarat-syarat tersebut di atas berkenaan cara kami memproses maklumat peribadi anda. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang tertera di atas, anda boleh memaklumkan kami melalui alamat surat-menyurat tersebut di atas.